Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,210 kes baru, kebanyakan di Lembah Klang dan Sabah
Diterbitkan:  Nov 17, 2020 6:20 PM
Dikemaskini: 12:16 PM

Sebanyak 1,210 kes Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 49,730.

Lembah Klang mencatatkan kes baru terbanyak (42.8 peratus), diikuti oleh Sabah (41.2 peratus), Negeri Sembilan (5.5 peratus) dan Perak (3.9 peratus).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, kebanyakan kes baru di Lembah Klang adalah daripada kluster Tapak Bina Damanlela (206 kes) dan kluster Teratai (113 kes).

Kes baru di kedua-dua kluster ini hanya melibatkan warga asing.

Kluster Tapak Bina Damanlela melibatkan sebuah tapak pembinaan di Kuala Lumpur manakala kluster Teratai melibatkan sebuah kilang sarung tangan di Kapar, Selangor.

Selain itu, data daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melaporkan, 29 kes baru di daerah Klang adalah susulan saringan tempat kerja melibatkan beberapa kluster.

Di daerah Kuala Langat, sebanyak 28 jangkitan - kesemuanya berkaitan dengan kluster Jernih - dikesan melalui saringan tersebut.

Kebanyakan kes di Sabah pula melibatkan kluster penjara Sandakan (122 kes baru) dan satu kluster baru dinamakan Kluster Avenue (106 kes)

Kluster Avenue melibatkan tapak pembinaan di Penampang.

Berikut status terkini kes Covid-19 di Malaysia:

  • Jumlah kes sembuh: 36,624 kes
  • Kes baru positif: 1,210 kes (19 kes import, 1,191 penularan tempatan)
  • Jumlah positif: 49,730 kes
  • Kes kematian: 5
  • Jumlah kes kematian: 318 kes
  • Kes dirawat di ICU: 105 kes
  • Bantuan alat pernafasan: 40 kes

Kesemua kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan pesakit di Sabah. Setakat ini, jumlah kematian di negeri itu adalah sebanyak 180 kes, iaitu 56.6 peratus daripada jumlah seluruh negara (318 kes).

Kematian hari ini melibatkan tiga orang tempatan dan dua warga asing, dengan mangsa termuda berusia 25 tahun.

Daripada nombor kes tiga korban, kemungkinan besar mereka dikenal pasti dijangkiti wabak itu semalam atau sehari sebelumnya.

Berikut adalah kes baru penularan tempatan mengikut negeri:

Sabah: 499 kes

  • 292 kes daripada kluster, termasuk 112 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Avenue dan Kluster Kejora
  • 117 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 90 kes daripada lain-lain saringan

Selangor: 259 kes

  • 208 kes daripada kluster-kluster sedia ada
  • o 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif 
  • o 39 kes daripada lain-lain saringan

Kuala Lumpur: 238 kes

  • 227 kes daripada kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Kasah
  • 2 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 9 kes daripada lain-lain saringan

Negeri Sembilan: 67 kes

  • 56 kes daripada kluster sedia ada;
  • 8 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 3 kes daripada lain-lain saringan

Perak: 47 kes

  • 41 kes daripada kluster sedia ada
  • 5 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 1 kes daripada lain-lain saringan

Pulau Pinang: 33 kes

  • 30 kes daripada kluster- termasuk 3 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Summer
  • 1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 2 kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI)

Kelantan: 19 kes

  • 18 kes daripada kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Mengketil
  • 1 kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).

Johor: 14 kes

  • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif

Kedah: 8 kes

  • 7 kes daripada kluster sedia ada
  • 1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif

Melaka: Dua (2) kes

  • 1 kes daripada kluster sedia ada
  • 1 kes daripada lain-lain saringan

Putrajaya: 2 kes daripada saringan kontak rapat kes positif

Labuan: 1 kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI)

Sarawak: 1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif 

Terengganu: 1 kes daripada lain-lain saringan


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS