Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
10 individu ditahan berpesta, hisap dadah dalam bilik hotel
Diterbitkan:  Nov 17, 2020 1:45 PM
Dikemaskini: 5:45 AM

Sepuluh individu termasuk empat remaja perempuan yang sedang leka berpesta liar termasuk menghisap dadah terkejut selepas bilik hotel disewa mereka di Jalan Raja Uda, di Buttterworth diserbu polis sebelum kesemua ditahan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sepasukan polis yang melakukan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memeriksa hotel itu pada 1.15 pagi sebelum mendapati mereka yang berumur 15 hingga 23 tahun sedang berhibur di sebuah bilik di situ.

"Mereka yang merupakan rakan-rakan dipercayai memang merancang untuk berhibur termasuk menghisap dadah di bilik hotel itu dan mendaftar masuk bermula petang semalam dengan menyewa untuk satu malam bagi bayaran kira-kira RM150.

"Ujian air kencing mendapati lima lelaki positif dadah manakala yang lain termasuk empat remaja perempuan bawah umur dan tidak bersekolah itu negatif (dadah). Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut," katanya di Buttterworth hari ini.

Katanya, kesemua mereka masing-masing turut dikompaun RM1,000 kerana melanggar SOP PKPB manakala lima yang positif dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS