Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Palsu cop sempadan: 23 individu dibawa ke mahkamah untuk direman
Diterbitkan:  Nov 17, 2020 11:57 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Seramai 23 individu termasuk anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya, untuk prosiding reman dipercayai berhubung kes pemalsuan cop sempadan.

Sebahagian daripada mereka dibawa menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa lagi dengan kereta tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 10 pagi.

Seramai 19 lelaki dan empat wanita yang memakai baju jingga dan bergari itu kemudiannya dibawa ke tingkat satu mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Kesemua mereka memakai pelitup muka dan diperiksa suhu sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

Difahamkan, beberapa individu lain akan turut direman di Johor Bahru, Johor; Kuching, Sarawak; dan Kota Kinabalu, Sabah; hari ini bagi membantu siasatan kes pemalsuan cop sempadan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS