Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Enam lelaki termasuk lima beradik dengan seorang daripadanya remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Tapah hari ini atas pertuduhan mengedar dadah kira-kira dua minggu lepas.

Pertuduhan ke atas S. Rathiswaran, 23; S. Suthentiran, 21; S. Sridharan, 20; S. Suthesan, 18, dan adik mereka yang berusia 17 tahun serta seorang warga Myanmar dikenali sebagai Kyaw, berusia lingkungan 20-an, dibacak ansecara serentak di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Keenam-enam tertuduh didakwa bagi mencapai niat bersama mengedar dadah jenis Methampetamine seberat 37.2 kilogram di ladang kelapa sawit di Mukim Chenderiang, Batang Padang di Tapah pada 4 Nov lepas kira-kira 9.15 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amanina Zulkefli manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Rajit Singh.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan serta menetapkan 9 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu jurubahasa Myanmar kerana tertuduh warga asing itu tidak memahami bahasa Melayu dan 18 Jan tahun depan untuk serahan laporan kimia.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS