Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki lolos dari wad Covid-19 dah ditemui - Laporan
Diterbitkan:  Nov 15, 2020 11:43 PM
Dikemaskini: 3:44 PM

Lelaki yang dikatakan melarikan diri dari wad Covid -19 di Hospital Pulau Pinang telah dijumpai, kata laporan.

Difahamkan, lelaki yang dipercayai pesakit Covid-19 berusia 23 tahun itu ditemui oleh polis di Bayan Lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Asmayani Khalib, dipetik The Star mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, dilaporkan lelaki warga tempatan yang berasal dari Kepala Batas itu sedang menjalani rawatan di HPP sebelum dikesan tiada di katilnya pada 3.20 petang tadi.

"Lelaki itu yang memakai baju dan seluar berwarna putih meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya," kata sumber polis.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS