Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Wilayah bebas berniaga': MP dakwa ada pihak minta bayaran dari penjaja
Diterbitkan:  Nov 15, 2020 6:08 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mendakwa menerima aduan bahawa ada ahli politik dan "NGO" cuba mengaut keuntungan daripada program "wilayah bebas berniaga" di Kuala Lumpur yang bermula hari ini.

Menerusi program itu, penjaja boleh membuka gerai di mana-mana kawasan yang dilihat sesuai, dengan memohon lesen perniagaan sementara selama enam bulan secara percuma dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagaimanapun, Yeoh hari ini mendakwa ada pihak yang cuba mengutip bayaran daripada mereka yang ingin memohon lesen itu.

"Ada beberapa peniaga kecil telah mengadu terdapat NGO/Ahli politik yang sedang giat mengutip wang sebagai yuran ejen untuk membenarkan mereka membuka gerai," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Yeoh berkata ahli politik tersebut bukan daripada PH.

KL telah diisytiharkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan sebagai Wilayah Bebas Berniaga. Kini, ada beberapa peniaga kecil...

Posted by Hannah Yeoh on Ahad, 15 November 2020

Dia juga menggesa para peniaga agar tidak membuat apa-apa bayaran "tidak rasmi" seumpama itu dan berhubung terus dengan DBKL bagi mendapatkan lesen sementara itu.

"Hapuskan peranan orang tengah seperti ini," katanya lagi.

Program "wilayah bebas berniaga" diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa pada 10 November lalu.

Hari ini, dia menyerahkan lesen sementara kepada 51 penjaja di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Menurut laporan Bernama hari ini, Annuar berkata para penjaja juga perlu membuat rundingan dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) untuk makluman apabila membuka gerai.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS