Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gara-gara lalok dadah, tak sedar kemaluan dikelar wanita
Diterbitkan:  Nov 14, 2020 5:29 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Gara-gara khayal akibat mengambil dadah, seorang lelaki yang juga bekas jurugambar terkejut selepas mendapati kemaluannya cedera dipercayai dikelar kenalan wanitanya, kata laporan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, dipetik BH Online berkata pihaknya menerima panggilan daripada mangsa, seorang penganggur berusia 47 tahun mengenai kejadian di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam di George Town, semalam.

Soffian berkata mangsa mendakwa berjumpa dengan kenalannya yang juga suspek wanita berusia 38 tahun di sebuah pejabat di kawasan itu pada jam 6.30 petang kelmarin.

Dalam pertemuan itu, kedua-duanya mengambil dadah dan akibat khayal, mangsa tidak sedarkan diri sebelum mendapati kemaluannya berdarah sebaik tersedar selepas itu.

"Ketika sedar, mangsa mendapati suspek wanita yang juga penganggur itu sudah melarikan diri," katanya.

Menurut Soffian lagi, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Jelasnya, luka yang disyaki dicederakan dengan objek tajam itu bagaimanapun tidak serius.

"Polis sudah merampas beberapa barangan dari tempat kejadian termasuk sebilah gunting yang dipercayai digunakan bagi mencederakan mangsa.

"Susulan itu, polis berjaya menahan suspek pada jam 9 pagi di Paya Terubong, di sini, semalam.

"Saringan kencing mendapati wanita itu positif Methamphetamine dan mempunyai tiga rekod berkait dadah. Dia kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS