Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt | 25 Okt | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov | 4 Nov | 5 Nov | 6 Nov | 7 Nov | 8 Nov | 9 Nov | 10 Nov | 11 Nov |12 Nov |13 Nov
Berikut merupakan lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.
Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.
Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].
Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman khas dibangunkan Kini News Lab ini.
PERNIAGAAN
- Pasar Taman Free School, George Town, Pulau Pinang
Sebahagian pasar ini ditutup bermula 13 hinnga 27 Nov dan peniaga di sana akan menjalani ujian saringan Covid-19.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkata, penutupan dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Ia tidak menyatakan sebab penutupan, tetapi ada laporan mengatakan kes Covid-19 dikesan di sana.
Kawasan yang ditutup melibatkan 136 gerai barang basah dan makanan.
KEDIAMAN
- Kondominium Ketumbar Heights, Taman Cheras Utama, Kuala Lumpur
Seorang penduduk di Blok B dikenal pasti positif dan dibawa ke hospital pada 12 Nov, menurut notis oleh pejabat pengurusan kondominium.
Notis itu memaklumkan Kementerian Kesihatan telah melakukan kerja nyahjangkitan dan pihak pengurusan menjamin penduduk lain di sana tidak berdepan risiko jangkitan.
- I-Park Apartmenthome, Bayan Lepas, Penang
Satu kes Covid-19 dikesan di sini semalam, menurut notis oleh badan pengurusan bersama (JMB).
Kementerian Kesihatan akan menjalankan kerja pembersihan di unit terlibat, katanya.
- KL Traders Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur
Seorang penduduk di Blok D didapati positif pada 12 Nov.
Semua kawasan awam akan dibersihkan, kata pihak pengurusan.
[Berita lanjut menyusul]