Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pilihan raya Presiden 2020 antara paling selamat dalam sejarah AS'

GLOBAL | Berpuluh-puluh pegawai pilihan raya persekutuan dan negeri AS dalam satu kenyataan bersama mengatakan setakat ini tidak ada bukti kehilangan atau perubahan undi dalam keputusan Pilihan Raya Presiden 2020, lapor agensi berita Sputnik.

"Semua negeri dengan keputusan yang sengit dalam Pilihan Raya Presiden 2020 memiliki rekod kertas bagi setiap undi, membolehkan ia dilihat kembali dan dikira jika perlu. Ini adalah manfaat tambahan untuk keselamatan dan ketahanannya. Proses ini membolehkan proses mengenal pasti dan pembetulan sekiranya terdapat kesilapan,” kata kenyataan itu pada Khamis.

"Tidak ada bukti mana-mana sistem pengundian dihapuskan atau undi hilang, mengubah undi, atau dilakukan dengan apa cara sekalipun...Pilihan raya 3 November adalah yang paling selamat dalam sejarah Amerika," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan antaranya oleh pegawai dari Majlis Penyelaras Pentadbiran Infrastruktur Pilihan Raya AS, Keselamatan Siber dan Agensi Keselamatan Infrastruktur (CISA), Suruhanjaya Bantuan Pilihan Raya, Persatuan Setiausaha Negeri Kebangsaan, Persatuan Pengarah Pilihan Raya Negeri Kebangsaan.

Ia dibuat setelah Presiden Donald Trump membuat ciapan satu laporan di Twitter yang mendakwa jutaan undi dihapus dan diubah oleh sistem pengundian Dominion.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS