Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhakam: Bebaskan banduan dagang, tahanan reman jenayah kecil

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk membebaskan tahanan yang masih dalam proses reman berkaitan jenayah kecil, jenayah tanpa kekerasan dan penagihan dadah sebagai langkah mengurangkan risiko wabak Covid-19 di penjara yang sesak.

Ini termasuklah "banduan dagang", iaitu warganegara asing yang ditahan di penjara sementara menunggu pengusiran pulang ke negara asal mereka.

Banduan dagang terdiri daripada banduan yang telah tamat menjalani hukuman penjara dan juga mereka yang ditahan terus di penjara di bawah Akta Imigresen.

Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph juga berkata tahanan yang sedang dalam proses tahanan reman yang berkaitan dengan jenayah sosio-ekonomi kecil dan tahanan warga tua yang mempunyai penyakit kronik harus dibebaskan.

Tahanan dalam proses reman adalah individu yang ditahan di penjara dan lokap polis untuk memudahkan siasatan polis tetapi belum didakwa di mahkamah jenayah.

"Isu kesesakan bandian dan tahanan di penjara dan pusat tahanan imigrasen telah menjadi masalah serius. Bilangan tahanan dicatatkan pada 72,903 pada 15 Oktober, yang melebihi kapasiti iaitu 53,830. Begitu juga, pusat tahanan imigrasen mempunyai 15,163 tahanan mulai 1 Julai dan melebihi had kapasiti iaitu 12,530," katanya.

"Akibatnya, timbul masalah kekurangan ruang tidur, kawasan aktiviti dan akses ke penjagaan dan kemudahan," katanya pada sidang media maya hari ini.

Bagi pelarian yang ditahan di penjara dan pusat tahanan imigresen, dia mendesak kerajaan untuk membebaskan mereka selepas mengesahkan status pelarian mereka.

"Kumpulan itu ditempatkan di penjara kerana pusat imigresen penuh. Pada masa ini terdapat kira-kira 2,054 banduan dagang di penjara," katanya.

"Sekiranya proses deportasi dapat dilakukan, maka mereka harus dikirim kembali ke pusat tahanan imigrasen. Jika mereka adalah pelarian Rohingya, mereka harus diberikan kad pelarian dan mereka dapat dibebaskan kerana tidak ada gunanya menahan mereka sebagai banduan," katanya.

Sementara itu, Jerald juga meminta pihak penguatkuasa menghentikan operasi besar-besaran untuk menahan pendatang tanpa izin kerana ini bukan masalah utama ketika negara menyaksikan berlakunya lonjakan Covid-19.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS