Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden KLSCAH cuti sementara tunggu bicara kes pencemaran sungai
Diterbitkan:  Nov 10, 2020 5:07 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Ong Seng Khek bercuti sementara menunggu perbicaraan berkaitan kes pencemaran sungai di Rawang, Selangor baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, KLSCAH berkata pihaknya mengadakan mesyuarat tergempar hari ini dan membuat keputusan menerima permohonan cuti Ong.

"KLSCAH menghormati prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah yang menjadi asas sistem perundangan negara ini. Kami bersetuju dengan usaha ketua kami untuk membuktikan dia tidak bersalah," katanya.

Buat sementara waktu, Naib Presiden KLSCAH Ser Choon Ing akan memangku jawatan presiden pertubuhan tersebut.

Ong adalah antara empat pengarah syarikat United Fineoleo Sdn Bhd yang didakwa semalam di bawah Seksyen 25 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana pencemaran air.

Syarikat itu didakwa melepaskan bahan buangan dari premis bereknaan ke Sungai Kundang, Rawang tanpa lesen.

Sekiranya didapati bersalah, keempat-empat mereka boleh didenda hingga RM100,000, penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya.

Kesemua mereka juga didakwa kerana membenarkan lapan pendatang asing dari Myanmar berada di premis mereka tanpa kebenaran yang sah pada 26 Okt lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS