Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syarikat mohon kebenaran penggunaan kecemasan vaksin di Brazil
Diterbitkan:  Nov 10, 2020 1:32 PM
Dikemaskini: 5:32 AM

Pengeluar ubat Amerika Pfizer dan firma farmaseutikal Jerman, BioNTech akan memohon kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) Brazil untuk vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan kedua-dua syarikat itu.

Kedua-dua syarikat itu pada Isnin berkata vaksin BNT162b2 memberikan kesan lebih 90 peratus, berdasarkan hasil ujian awal tahap ketiga, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, penyelaras bahagian ujian klinikal, Edson Moreira dalam wawancara dengan stesen Globonews berkata Pfizer turut bercadang untuk mengemukakan permohonan pendaftaran vaksin itu pada akhir bulan ini.

Moreira berkata hasil ujian yang dijalankan melebihi jangkaan, sukarelawan yang divaksin menunjukkan pengeluaran antibodi lebih tinggi berbanding orang dijangkiti COVID-19.

"Keberkesanan sebanyak 90 peratus adalah luar biasa. Ia kelihatan tidak banyak, tetapi dalam dunia vaksin, itu merupakan satu pencapaian tertinggi," katanya.

Pfizer sedang melakukan ujian klinikal terhadap lebih 43,500 sukarelawan di enam negara, termasuk Brazil.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS