Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN akan tuntut lanjutan moratorium sampai dapat - Najib
Diterbitkan:  Nov 9, 2020 11:53 AM
Dikemaskini: 3:54 AM

BN akan terus menuntut kerajaan supaya melanjutkan moratorium pinjaman sehingga berjaya, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Ahli parlimen Pekan itu mempersoalkan alasan moratorium pinjaman pukal tidak dilanjutkan ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) terus dilanjutkan.

"Sebab apa PKPB boleh dilanjutkan berkali-kali tapi moratorium pinjaman automatik tidak boleh dilanjutkan secara pukal sekali - terutamanya untuk peminjam M40 sedangkan bank-masih catat keuntungan.

"Kerajaan kena fikir perkara ini. BN akan terus lawan (tuntut) sampai dapat," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini tidak menerima cadangan Umno dan Pakatan Harapan (PH) untuk melanjutkan skim moratorium pinjaman.

Sebaliknya Jumaat lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 membenarkan golongan kategori B40 untuk memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman.

"Bank melaporkan bahawa 85 peratus pemberi pinjaman meneruskan pembayaran setelah moratorium tamat pada 30 September.

"Bagaimanapun, bank membenarkan golongan kategori B40 untuk memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman," katanya dalam ucapannya di Dewan Rakyat.

Zafrul berkata golongan B40 boleh memilih moratorium tiga bulan atau mengurangkan pembayaran ansuran bulanan mereka sebanyak separuh selama enam bulan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS