Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hidup semula Jasa: Tolak belanjawan, jika PN enggan mengalah - Petisyen
Diterbitkan:  Nov 8, 2020 11:01 PM
Dikemaskini: 4:28 PM

Lebih 13,000 tanda tangan dikumpul untuk petisyen dalam talian yang menggesa Putrajaya membatalkan rancangan bernilai RM85.5 juta untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di tengah-tengah kesukaran ekonomicsemasa wabak Covid-19.

Petisyen itu juga meminta Belanjawan 2021 ditolak sekiranya kerajaan Perikatan Nasional enggan mengalah, terus berdegil meneruskan rancangannya itu.

Sejak dilancarkan kyrang 24 jam, petisyen yang menyasarkan 15,000 penyokong itu telah memperoleh lebih daripada 13,600 penandatangan.

Jasa sebelumnya adalah sebuah agensi yang bertujuan menyebarkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan tetapi dikritik kerana dikatakan menjadi kumpulan propaganda pro-Umno.

Ia diterajui oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi sebelum pembubarannya ketika kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih selepas PRU14 pada 2018.

Kerajaan PH runtuh pada bulan Mac dan kerajaan PN baru yang termasuk Umno, dengan cepat bergerak untuk menghidupkan semula jabatan tersebut.

Bagaimanapun, seorang menteri Bersatu akan ditugaskan untuk menghidupkan kembali Jasa dan bukannya Umno yang kini dilihat sebagai 'kurang berpengaruh' berbanding parti serpihannya itu.

Peruntukan itu akan diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diketuai oleh Saifuddin Abdullah. Beliau dulu pernah bersama PKR sebelum berpaling tadah kepada Bersatu.

Petisyen itu mengambil maklum akan membelanjakan RM85.5b juta untuk menghidupkan semula jabatan berkenaan, merangkumi RM81.5 juta di bawah "dasar baru" dan RM4 juta di bawah belanjawan "komunikasi strategi."

"Sebuah badan propaganda kerajaan yang ekstrem semenjak zaman pemerintah Umno-BN adalah tidak sepatutnya menggunakan wang pembayar cukai khususnya ketika rakyat dan negara dilanda krisis kesihatan dan ekonomi disebabkan Covid-19.

"Peruntukan untuk Jasa mesti dibatalkan atau Belanjawan 2021 mesti ditolak keseluruhannya," kata petisyen itu.

Jasa, di bawah pentadbiran perdana menteri Najib Razak ketika itu melihat petugasnya mempertahankan skandal 1MDB. Najib ialah perdana menteri dan presiden Umno dari 2009 hingga 2018.

Skandal itu hanya terdedah selepas Najib kehilangan kuasa pada pilihan raya 2018. Pihak berkuasa antarabangsa telah mengembalikan berbilion-bilion ringgit kerana disyaki diselewengkan daripada dana 1MDB ke Malaysia berikutan kejatuhan Najib.

Najib juga telah disabitkan atas jenayah salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung dengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun tetapi sedang merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.

Terdahulu hari ini, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mempertahankan rancangan itu, berkata Jasa) di bawah kerajaan PN bukan lagi satu unit propaganda.

"Saya difahamkan bahawa niat kerajaan setakat ini adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat, dan pada masa yang sama rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan.

"Bukan untuk propaganda seperti dulu. Era itu sudah berakhir,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata Jasa di bawah PN mungkin diwujudkan semula dengan cara dan 'wajah' berbeza.

"Jadi apabila nak hidupkan balik, tidak semestinya dihidupkan dalam keadaan yang lama," katanya.

Annuar antara pemimpin Umno yang dilihat 'mesra' dengan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

[Baca laporan asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS