Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kluster Teratai yang merekodkan sebanyak 76 kes sehingga hari ini membabitkan pekerja Top Glove di Klang, menurut sumber kerajaan Selangor.

Tidak jelas jika pekerja tersebut dari satu kilang atau lebih memandangkan Top Glove ada lebih 20 fasiliti di Meru Klang.

Maklumat yang diterima setakat ini mendedahkan bahawa sebahagian besar yang disahkan positif ialah pekerja yang tinggal di hostel Jalan Teratai di Meru.

Kes di kilang terbabit muncul selepas Top Glove pada 5 Nov mengesahkan terdapat 17 pekerjanya disahkan positif Covid-19.

"Pekerja yang terkesan tidak bergejala, mereka terus diasingkan dan telah dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan selepas keputusan positif.

“Syarikat juga melakukan sanitasi ke atas kilang terkesan, hostel dan kenderaan pekerja mengikut prosedur operasi standard (SOP) oleh kementerian kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan positif itu diterima selepas ujian saringan yang dilakukan oleh syarikat tersebut pada 2 Nov lalu.

Top Glove today confirms that 17 employees have tested positive for COVID-19. The affected employees who were...

Posted by Top Glove Corporation Bhd on Wednesday, 4 November 2020

Menurut sumber, kebanyakan yang disahkan positif dalam Kluster Teratai merupakan pekerja warga asing yang tinggal di kawasan perumahan di Jalan Teratai.

“Syarikat telah membeli rumah di kawasan tersebut dan jadikan hostel pekerja. Tetapi ada juga penduduk tinggal di kawasan itu,” kata sumber

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas klanjut pengurusan syarikat Top Glove.

Malaysiakini juga difahamkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menjalankan proses sanitasi di kawasan terbabit.

Ketika dihubungi, Ahli Majlis Perbandaran Klang Ngian Yoke Mooi yang bertugas di zon Bandar Baru Klang berkata pasukan MPK telah dihantar untuk menjalankan aktiviti pembasmian kuman di daerah itu pagi tadi.

“Aktiviti sanitasi telah dilakukan di kawasan umum di Jalan Abadi 1 dan Jalan Abadi 10 dan juga taman permainan, pasaraya dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Semalam, KKM mengumumkan bahawa mereka telah menemui kluster jangkitan lain, yang melibatkan kes indeks yang diuji positif dalam ujian saringan yang dilakukan pada 2 Nov.

Mereka yang terkesan diletak di bawak Kluster Teratai.

KKM juga melaporkan dua kes baru untuk kluster tersebut hari ini, menyaksikan jumlah ke 76 kes.

Kes-kes tersebut tidak terhad di kawasan kilang.

Berdasarkan makluman KKM, termasuk Klang, kluster tersebut juga melibatkan kawasan di daerah Kuala Selangor, Petaling dan Hulu Langat.

[Baca laporan asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS