Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rakam serbuan polis bukan jenayah - Badan Peguam
Diterbitkan:  Nov 8, 2020 5:52 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Merakam pihak polis melakukan serbuan bukanlah suatu perbuatan jenayah, kata Presiden Badan Peguam Malaysia, Salim Bashir (gambar, judul).

Beliau mengulas penahanan aktivis siswa Wong Yan Ke yang merakam tindakan pihak polis menyerbu kediaman aktivis Robin Yap Wen Qing di Petaling Jaya semalam.

Polis kini sedang menyiasat kenyataan Persatuan Pemuda Baru UM (Umany) di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Yap ialah presiden Umany sementara Wong pula bekas presiden persatuan siswa di Universiti Malaya itu..

"Badan peguam memberi perhatian terhadap kejadian yang belaku. Kami mengambil sikap bahawa bukan kesalahan merakam pihak polis yang melakukan serbuan.

"Selama pegawai polis menjalankan tugasnya sesuai dengan undang-undang, tidak ada alasan untuk mereka membantah rakaman tersebut.

"Kamera badan dan papan pemuka digunakan oleh pegawai penguatkuasa di negara lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, sebagai kaedah untuk merakam interaksi mereka dengan orang ramai semasa menjalankan tugas, untuk mencegah salah laku oleh polis," kata Salim.

Bahkan kata Salim, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador turut menyambut baik pelaksanaan pemasangan kamera badan bagi mencegah fitnah terhadap anggotanya selain meningkatkan kecekapan dalam tugas bagi mencegah penyalahgunaan dan memastikan ketelusan.

Wong ditangkap di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan setelah dia tidak menerima nasihat polis agar tidak merakam serbuan itu.

Seksyen 186 berhubung menghalangan penjawat awam dalam melaksanakan tugasnya.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman hingga dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan, Wong dibebaskan sekitar jam 12.20 tengah hari tadi selepas ditahan polis sejak 3 petang semalam.

Bercakap kepada media di hadapan balai polis Mutiara Damansara, peguamnya Rajsurian Pillai mengatakan bahawa dia dibebaskan dengan jaminan polis tetapi telefonnya dirampas oleh polis.

Wong memberitahu media bahawa dia "letih dari segi mental" kerana ditahan lebih 15 jam meskipun sesi soal siasat hanya mengambil masa kurang dari satu jam.

Wong sebelum ini ditahan selepas polis hadir dan mahu memeriksa kediaman seorang lagi pemimpin siswa, Yap Weng Qin di Petaling Jaya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS