Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt | 25 Okt | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov | 2 Nov | 3 Nov | 4 Nov | 5 Nov | 6 Nov | 7 Nov
Berikut merupakan lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.
- Lokasi yang baru ditambah: Jalan Teratai, Meru, Klang
Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.
Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].
Bagi senarai lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, sila lawati laman khas dibangunkan Kini News Lab ini.
PERNIAGAAN
- Bank RHB, Kajang
Bank mengesahkan salah seorang pekerja dari cawangannya di Kajang, Selangor, telah diuji positif Covid-19 pada 6 November.
Kerja-kerja pembasmian kuman telah dijalankan sesuai dengan panduan Kementerian Kesihatan. Pekerja lain yang ada kontak rapat telah diminta untuk kuarantin rumah.
KEDIAMAN
- Pangsapuri Suria Rafflesia, Setia Alam, Shah Alam
Pengurusan pangsapuri, dalam satu notis, memberitahu penduduk bahawa penghuni Blok A diuji positif Covid-19 hari ini (8 Nov).
Kata pengurusan lagi, tindakan diambil untuk membersihkan semua harta benda bersama dan sebuah syarikat akan dilantik untuk pembersihan dengan lebih teliti.
Sementara itu, semua kemudahan umum tidak lagi dapat diakses dan langkah berjaga-jaga lebih lanjut dilakukan, termasuk sekatan terhadap pengunjung.
- Jalan Teratai, Meru, Klang
Ahli Majlis Perbandaran Klang, Ngian Yoke Mooi, berkata kawasan terbabit disanitasi hari ini ekoran sejumlah kes positif membabitkan pekerja warga asing di kawasan berkenaan dikesan.
- 100 Residency, Setapak
Pihak pengurusan melalui pemberitahuan kepada penduduk berkata terdapat tiga kes Covid-19 yang disahkan. Tiga kes itu berasal dari keluarga yang sama.
Notis itu juga mengatakan Kementerian Kesihatan menasihatkan semua kakitangan penyedia perkhidmatan seperti pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan untuk menjalani ujian kerana jangkitan berkenaan melibatkan pekerja asing.
[Akan dikemas kini]