Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM pertimbang pelawa pembangkang ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, Covid-19
Diterbitkan:  Nov 7, 2020 9:18 PM
Dikemaskini: 3:12 PM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan kemungkinan memperluas kerjasama dwiparti dengan pembangkang melangkaui Belanjawan 2021.

Beliau berkata ini barangkali termasuk mengundang pembangkang untuk menghadiri mesyuarat tertentu kerajaan.

"Bagi saya ini langkah permulaan, saya fikir untuk satu peringkat lain saya nak pelawa pembangkang untuk sama-sama duduk dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang saya pengerusikan tiap-tiap minggu.

"Atau nak uruskan masalah Covid-19, yang saya pengerusikan tiap-tiap hari," katanya pada wawancara bersama Astro Awani.

Muhyiddin berkata beliau mahu tahu pandangan mereka dan jika ada saranan untuk menambah baik sebarang langkah-langkah yang difikirkan tidak berkesan.

"Bukan soal nak dapat kredit kepada mereka saja, tapi untuk rakyat dapat faedah daripada pandangan mereka," jelasnya.

Ditanya sekiranya ini akan membawa kepada kerjasama politik, presiden Bersatu berkata beliau tidak mahu membuat sebarang ramalan.

Dalam perkembangan lain, perdana menteri menolak kritikan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahawa Belanjawan 2021 tidak memiliki langkah-langkah untuk merangsang ekonomi.

Bagaimanapun, jelas Muhyiddin, pandangan Anwar itu bukan masalah kerana kerajaan terbuka mendengar sebarang maklum balas.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS