Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Empat lagi kluster baru Covid-19 dikesan
Diterbitkan:  Nov 7, 2020 7:49 PM
Dikemaskini: 11:49 AM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan empat lagi kluster baru Covid-19 melibatkan negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Sabah, Kluster Softwood LD di Lahad Datu membabitkan kes indeks (ke-34,985) yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Okt lepas.

Beliau berkata hasil saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif Covid-19 dan semua yang terlibat dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah PPR Payang, Lahad Datu.

“Sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 109 individu telah disaring dengan 14 kes dikesan positif termasuk 11 kes baru manakala 95 individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di KKM hari ini.

Di Selangor pula, Kluster Teratai dikesan di daerah Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Hulu Langat membabitkan kes indeks (ke-35,263) juga dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 2 Nov lepas.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS