Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pesawah dapat subsidi harga padi RM570 juta
Diterbitkan:  Nov 6, 2020 6:31 PM
Dikemaskini: 10:32 AM

BELANJAWAN 2021 | Lebih 300,000 pesawah di seluruh negara termasuk penanam padi bukit di Nabawan, Sabah dan Kanowit, Sarawak akan mendapat subsidi, bantuan dan intensif kerajaan.

Ini termasuklah sibsidi harga padi sebanyak RM570 juta, maklum Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Jelasnya, kerajaan menyediakan RM1.7 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan.

"Selaras dengan pengumuman yang amat berhormat perdana menteri, elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit sebulan bermula tahun 2021.

"Lebih 40 ribu nelayan akan menikmati bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak 151 juta ringgit.

"Selain itu, RM1.7 bilion disediakan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan.

"Antaranya subsidi harga padi sebanyak RM570 juta, subsidi dan insentif tanaman padi berjumlah RM960 juta termasuk subsidi baja padi bukit yang diperkenalkan semula sebanyak RM40 juta," katanya lagi.

Selain itu kerajaan juga turut mengumumkan peningkatan elaun sara hidup nelayan yang bakal dinikmati lebih 40,000 nelayan membabitkan peruntukan sebanyak RM151 juta.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS