Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cukai pendapatan diturunkan satu mata
Diterbitkan:  Nov 6, 2020 5:26 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Kadar cukai pendapatan akan iturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi individu yang berpendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata penurunan itu dijangka memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai.

"Sukacita kerajaan mengumumkan beberapa inisiatif utama bagi meringankan beban kewangan rakyat semasa tempoh krisis wabak Covid-19 ini.

"Inisiatif pertama ialah penurunan kadar cukai pendapatan.

“Kerajaan bersetuju kadar cukai pendapatan untuk individu pemastautin diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 yang dijangka memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai," katanya semasa pembentangan Belanjawan 2021, di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, Zafrul turut memaklumkan bahawa had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000 iaitu tambahan RM500 yang dikhususkan bagi perbelanjaan berkaitan sukan termasuk bayaran penyertaan pertandingan sukan.

“Skop pelepasan ini juga diluaskan untuk meliputi langganan surat khabar elektronik,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS