Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Bank setuju tambah baik bantuan bayaran bersasar’
Diterbitkan:  Nov 6, 2020 5:05 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 yang merupakan penerima BSH dan bakal penerima BPR dan kepada perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman yang diluluskan sehingga 150 ribu ringgit.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata peminjam dalam kategori itu akan diberi dua pilihan.

“Opsyen pertama, menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan; atau opsyen kedua iaitu pngurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan opsyen dan menyempurnakan dokumentasi,” katanya.

Menurutnya, untuk peminjam dari golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan.

“Peminjam hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik.

“Fleksibiliti-fleksibiliti ini akan bermula pada Disember 2020,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS