Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
LANGSUNG | Tiada kenyataan politik dalam pembentangan kali ini

BELANJAWAN 2021 | PN bergantung pada pinjaman untuk belanjawan bagi bawa Malaysia keluar dari krisis Covid-19.

Belanjawan 2021 kali ini merupakan belanjawan paling besar pernah direkodkan, dengan pinjaman akan meningkat.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat sejak gabungan itu mengambil alih kerajaan pada Mac.


6.30 petang - Kritikan dan kenyataan bernada politik, yang lazim mengiringi penutupan ucapan pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan, nampaknya tiada pada tahun ini.

Zafrul menamatkan pembentangannya dengan berkata rakya Malaysia boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi mereka perlu mencapai konsensus dalam perkara dasar.

"Kita boleh berbalah dan berbeza pandangan atas perkara cabang, namun bermuafakatlah kita atas perkara dasar.

"Jika sebelum ini kita pernah bersama sebulat suara bersetuju dengan penubuhan Kumpulan Wang Covid-19, adalah harapan ramai di dalam Dewan yang mulia ini mahupun rakyat di luar sana - belanjawan ini dijulang menjadi kanun saksi perpaduan kita demi rakyat," katanya.

Malaysiakini akan mengemas kini laporan ini dengan perkara-perkara penting dalam pembentangan Belanjawan 2021.


Duti eksais peranti rokok, vape sebanyak 10%

6.25 petang - Semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape akan dikenakan duti eksais pada kadar ad valorem (duti mengikut nilai barang) sebanyak 10 peratus.

Cecair rokok elektronik pula akan dikenakan duti eksais pada kadar 40sen per mililiter.

Mulai 1 Januari, cukai ke atas rokok dan produk tembakau juga akan dikenakan di semua pulau bebas cukai iaitu Langkawi, Labuan, Tioman dan Pangkor.


Insentif dan pengecualian cukai untuk EFC

6.25 petang - Bagi menggalakkan lebih ramai pelabur individu menyertai pembiayaan menerusi platform Equity Crowd Funding (ECF), pengecualian cukai pendapatan 50 peratus daripada amaun pelaburan atau terhad kepada RM50 ribu akan diberikan.

RM30 juta juga diperuntukkan secara geran padanan untuk dilabur ke dalam platform ECF di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti.


Bonus RM600 untuk penjawat awam

6.25 petang - Penjawat awam yang berada di Gred 56 dan ke bawah akan mendapat bonus RM600 sementara pesara dan veteran tentera yang tidak pencen akan menerima RM300.


Latih semula pekerja penerbangan, tingkatkan pekerja eko-pelancongan

6.20 petang - Oleh kerana pelancongan adalah salah satu sektor yang paling teruk dilanda krisis Covid-19, kerajaan merancang untuk melatih semula dan menyediakan penempatan pekerjaan untuk 8,000 kakitangan syarikat penerbangan.

Ini akan menelan belanja RM50 juta.

Kerajaan berhasrat menyediakan 500 pekerjaan untuk penduduk tempatan dan masyarakat Orang Asli untuk dijadikan panduan eko-pelancongan di taman negara.

RM50 juta lagi dibelanjakan untuk membaik pulih tempat pelancongan di seluruh negara.

Antara lain, RM10 juta akan digunakan untuk menyelenggara bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara.


Pengilang sarung tangan sumbang dana untuk usaha perangi Covid-19

6.20 petang - Empat pengeluar sarung tangan - Top Glove, Hartalega, Supermax dan Kossan - menyatakan komitmen untuk menyumbang RM400 juta untuk kos vaksin Covid-19 dan pembelian peralatan kesihatan.

"Kerajaan menghargai komitmen sektor swasta, NGO dan individu, yang menyumbang kepada usaha ini," kata Zafrul.


Pelepasan cukai untuk syarikat pengeluar pilih Malaysia

6.15 petang - Skim yang sedang berlangsung untuk menarik syarikat pengeluar terpilih untuk beroperasi di Malaysia akan dilanjutkan setahun dan kini akan berakhir pada 31 Disember 2022.

Syarikat-syarikat ini akan ditawarkan pelepasan cukai selama 10 tahun atau kadar cukai rendah 10 peratus untuk tempoh yang sama.


Tambahan insentif pengangkutan awam

6.10 petang - Kad perjalanan tanpa had My30 yang berharga hanya RM30, untuk pengangkutan awam di Lembah Klang akan dilanjutkan ke Pulau Pinang dan Kuantan.

Murid sekolah dan orang kurang upaya juga dapat membeli kad perjalanan tanpa had baru dengan harga RM5 sebulan.

Kad perjalanan ini boleh digunakan di bas dan keretapi kendalian Prasarana, KTM Komuter, kereta api antara Kuala Lipis dan Tumpat dan kereta api Beaufort-Tenom di Sabah.

"Jika tambang sekarang adalah RM5 sehari secara purata, bermula tahun depan, ia akan menjadi RM5 sebulan," kata Zafrul.


Lebih banyak insentif untuk memiliki kediaman

6.05 petang - Untuk mendorong pemilikan rumah, duti setem untuk hartanah berharga sehingga RM500,000 akan dikecualikan.

Skim ini akan digunakan untuk perjanjian jual beli bertarikh antara 1 Januari hingga 31 Disember 2025.

RM1.2 bilion akan dibelanjakan untuk subsidi program perumahan mampu milik.

Kerajaan juga merancang untuk memulakan skim sewa-untuk-beli yang melibatkan 5,000 rumah PR1MA untuk pembeli rumah kali pertama.


Pelepasan cukai SSPN dilanjutkan

6 petang - Pelepasan cukai RM8,000 untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional, yang lebih dikenali sebagai SSPN, akan dilanjutkan sehingga taksiran cukai tahun 2022.


Susu percuma untuk murid sekolah setiap hari

5.57 petang - Program susu dua kali seminggu yang berterusan di sekolah akan diganti dengan skim yang menyediakan susu setiap hari.

Zafrul menjelaskan bahawa ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik mendapatkan nutrien yang diperlukan untuk keperluan fizikal dan mental mereka.


Komputer percuma untuk pelajar sekolah

5.55 petang - GLC akan menyumbang RM150 juta kepada Tabung Cerdik yang bertujuan menyediakan komputer riba kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah di bawah program perintis.

Projek ini dikendalikan oleh Yayasan Hasanah.

Langkah ini dirancang untuk mempromosikan e-pembelajaran, kata Zafrul.


Pelepasan cukai gaya hidup ditingkatkan

5.53 petang - Pelepasan cukai untuk gaya hidup ditingkatkan sebanyak RM500 kepada RM3,000.

Zafrul berkata ia khusus untuk tujuan aktiviti sukan.

Dia mengatakan pelepasan cukai juga akan meliputi langganan berita dalam talian.

Sekiranya anda ingin menyokong Malaysiakini dan ingin mengambil manfaat daripada insentif ini, langgan portal versi bahasa Inggeris kami.


Pemberian e-tunai RM50 untuk belia

5.51 petang - Kerajaan akan memasukkan RM50 ke dalam e-dompet yang dipegang oleh belia berusia antara 18 hingga 20 tahun untuk menggalakkan transaksi nirtunai (cashless).


Insentif untuk majikan ambil graduan baru bekerja

5.50 petang - Majikan akan diberi insentif bulanan RM1,000 untuk setiap graduan baru yang mereka ambil bekerja selama tiga bulan untuk latihan amali.

Majikan juga boleh memohon geran maksimum RM4,000 untuk program latihan amali.


Penjagaan anak percuma untuk B40 di bandar

5.45 petang - Kerajaan berhasrat membelanjakan RM20 juta untuk mewujudkan pusat komuniti sebagai tempat jagaan anak-anak selepas tamat sesi persekolahan.

Pusat itu akan melibatkan kerjasama NGO dan dilengkapi kemudahan penjagaan diri, kelas tuisyen, perpustakaan mini dan program bimbingan mentor.


Elaun sukarelawan jaga OKU, pelepasan cukai pasangan OKU ditambah

5.40 petang - Bayaran untuk orang yang menjadi sukarelawan di bawah Program Khidmat Bantu di Rumah akan ditingkatkan kepada RM400 daripada RM150 sebelum ini.

Program ini adalah untuk inividu yang secara sukarela menjaga orang tua atau orang kurang upaya.

Sementara itu, kerajaan akan meningkatkan pelepasan cukai untuk pasangan kurang upaya kepada RM5,000, meningkat daripada RM3,500 sebelum ini.

Pelepasan cukai untuk majikan yang menggaji warga emas akan dilanjutkan sehingga 2025.

Skim ini sebelum ini hanya merangkumi tahun taksiran 2019 dan 2020.

Kumpulan lain yang sepatutnya terangkum dalam insentif ini ialah bekas banduan, dan bekas penagih dadah - tidak disebut oleh Zafrul.


Pelepasan cukai PRS dilanjutkan 

5.33 petang - Pelepasan cukai RM3,000 untuk sumbangan kepada dana skim persaraan swasta (PRS) akan dilanjutkan sehingga 2025.

Skim 10 tahun ini sebelum ini dijadual berakhir pada 2021.


Skim subsidi gaji dilanjutkan untuk pelancongan, peruncitan

5.30 petang - Subsidi gaji akan dilanjutkan selama tiga bulan dan akan menyasarkan sektor pelancongan dan peruncitan.

Setiap pekerja berpendapatan RM4,000 sebulan dan ke bawah akan diberi subsidi RM600.

Jumlah maksimum bilangan pekerja yang layak untuk setiap syarikat dinaikkan dariada 200 untuk kepada 500.

Zafrul berkata ini akan memberi manfaat kepada 70,000 majikan dan 900,000 pekerja.


Skim JanaKerja untuk wujud peluang kerja, penambahbaikan skim PenjanaKerjaya

5.20 petang - Sejumlah RM3.7 bilion diperuntukkan untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan menerusi skim JanaKerja.

Skim ini turut merangkumi program latihan untuk meningkatkan kemahiran.

Satu lagi skim, iaitu PenjanaKerjaya yang kini dikendalikan Perkeso, pula akan ditambah baik. Insentif pertama adalah skim subsidi gaji dinaikkan daripada kadar rata RM800 sebulan, kepada 40 peratus daripada gaji bulanan. Ia terhad kepada insentif jumlah maksimum RM4,000 sebulan.

Kedua, subsidi untuk pekerjaan yang diberikan kepada orang kurang upaya dan penganggur jangka panjang dinaikkan daripada 20 peratus kepada 60 peratus.

Bagi industri yang bergantung kepada pekerja asing, subsidi khas disediakan kepada majikan dan pekerja - bagi menggantikan pekerja asing dengan warga tempatan.


Subsidi dan bantuan untuk petani, nelayan ditingkatkan

5.15 petang - Elaun bulanan untuk nelayan akan meningkat sebanyak RM50 hingga RM300 tahun depan sementara RM400 juta akan dibelanjakan untuk faedah yang perlu dibayar oleh peneroka Felda


Caruman KWSP dikurangkan buat sementara waktu, pengeluaran Akaun 1 bersasar

5.10 petang - Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikurangkan kepada 9 peratus berbanding 11 peratus sebelum ini, bermula 1 Jan untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna.

KWSP juga akan membenarkan pengeluaran Akaun 1 secara bersasar sehingga RM6,000 dalam tempoh 12 bulan.

angkah itu sebelum ini turut dituntut oleh Umno. Pengeluaran boleh dibuat bermula 1 Januari.


Tiada lanjutan moratorium bayaran pinjaman

5.05 PM - Kerajaan tidak menerima cadangan Umno dan Pakatan Harapan untuk melanjutkan skim moratorium pinjaman.

Zafrul berkata bank melaporkan bahawa 85 peratus pemberi pinjaman meneruskan pembayaran setelah moratorium tamat pada 30 September.

Bagaimanapun, bank membenarkan golongan kategori B40 untuk memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman.

Pilihan itu ialah:

  • Mereka boleh memilih moratorium tiga bulan atau mengurangkan pembayaran ansuran bulanan mereka sebanyak separuh selama enam bulan.
  • Mereka yang berada dalam kategori M40 boleh menyusun semula pakej kewangan mereka melalui proses pengisytiharan diri sekiranya mereka mengalami pengurangan pendapatan.

Kemudahan ini akan bermula pada Disember 2020.


Pembayaran BPN pusingan ketiga akan dilaksanakan

4.50 petang - Kerajaan akan melaksanakan pusingan ketiga pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Isi rumah dengan pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM1,000. Keluarga dengan lebih daripada dua anak akan menerima RM1,800.

Isi rumah dengan pendapatan antara RM2,501 dan RM4,000 akan menerima RM800 sementara keluarga dengan lebih daripada dua orang anak akan menerima RM1,200.

Isi rumah dengan pendapatan antara RM4,001 dan RM5,000 akan menerima RM500 sementara keluarga dengan lebih daripada dua anak akan menerima RM750.

Orang bujang dengan pendapatan kurang dari RM2,500 akan menerima RM350.

Had umur untuk menuntut jumlah ini telah dikurangkan menjadi 21, turun dari 40.


Bayaran kebajikan untuk keluarga miskin dinaikkan 

4.50 petang - Bantuan kebajikan untuk anak-anak keluarga miskin meningkat dari maksimum RM450 setiap keluarga kepada RM1,000 setiap keluarga.

Zafrul berkata, ini diharapkan dapat membantu penjagaan dan nutrisi kanak-kanak.

Bayaran kesejahteraan bagi orang kurang upaya (OKU) juga telah meningkat sebanyak RM50 dan pembayaran untuk warga emas dan penjaga orang kurang upaya telah meningkat sebanyak RM150 menjadi RM500.


Program vaksinasi pneumokokal tak lama lagi

4.45 petang - Akhirnya, kerajaan mengumumkan akan memulakan program vaksinasi pneumokokal dengan kos RM90 juta yang akan memberi manfaat kepada 500,000 kanak-kanak.

Sebanyak RM6 juta lagi akan diperuntukkan untuk rawatan reumatologi sementara RM25 juta lagi akan dibelanjakan untuk program dialisis dari rumah, untuk mengurangkan masa menunggu di hospital.


Bayaran RM500 wang tunai kepada pekerja kesihatan, pelepasan cukai untuk kos kesihatan

4.40 petang - Kerajaan akan memberikan wang tunai RM500 kepada 100,000 pekerja kesihatan sebagai tanda penghargaan.

RM3 bilion akan dibelanjakan untuk vaksin Covid-19.

Untuk mendorong orang ramai diberi vaksin untuk radang paru-paru, influenza dan Covid-19, pembayar cukai akan diberi pelepasan cukai sebanyak RM1,000.

Pelepasan cukai untuk penyakit serius telah dinaikkan sebanyak RM2,000 hingga RM8,000 dan pelepasan untuk pemeriksaan kesihatan telah meningkat dari RM500 menjadi RM1,000.

Pelepasan cukai untuk rawatan perubatan kerana keperluan khas atau digunakan untuk penjagaan orang tua telah dinaikkan sebanyak RM3,000 menjadi RM8,000.


Siling hutang dinaikkan sementara

4.35 petang - Menyentuh berhubung Covid-19, Zafrul berkata beberapa langkah seperti Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 sudah dikuatkuasakan, yang membolehkan siling hutang dinaikkan sementara hingga 60 peratus daripada KDNK, berbanding 55 peratus.

Akta ini juga membolehkan kerajaan memperuntukkan RM45 bilion untuk dana Covid-19.

Dia mengatakan bahawa kerajaan akan mencadangkan untuk menambah RM20 bilion ke dana tersebut, menjadikan jumlahnya RM65 bilion.


KDNK pada 2020 dijangka menyusut 4.5 peratus 

4.30 petang - Ekonomi Malaysia dijangka menyusut sebanyak 4.5 peratus tahun ini bertahun tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Zafrul menjangka ekonomi akan bertambah baik pada tahun depan dengan pertumbuhan 6.5 hingga 7.5 peratus, sementara ekonomi global dijangka bertumbuh pada kadar 5.2 peratus.


Speaker pesan agar diberi notis awal

4.23 petang - Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menyambung persidangan dengan mengingatkan ahli parlimen agar selepas ini memberi notis kepadanya terlebih dahulu sebelum mengusulkan cadangan pengecualian had 80 ahli parlimen.

"Lebih baik saya diberi pemberitahuan lain kali. Saya tidak suka membuat keputusan sendirian, saya ingin membuat keputusan dengan konsensus" katanya.

Dia berkata had 80 MP akan dikuatkuasakan lagi pada hari Isnin.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memulakan ucapannya.


Ahli parlimen dari kedua-dua pihak desak speaker benarkan semua MP masuk

4.14 petang - Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun terpaksa mengenepikan keputusan awal untuk mengehadkan jumlah ahli parlimen kepada 80 dalam sidang ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) memulakan desakan itu dan mendapat sokongan daripada kedua-dua belah pihak, termasuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) dan Noh Omar (BN-Tanjung Karang).

Azhar sebelum itu berpendapat bahawa perkara itu sudah diputuskan oleh ketua Whip parti semalam.

Bagaimanapun, anggota parlimen terus memberi desakan kepadanya.

Akhirnya, speaker mengalah ketika Lim Guan Eng (PH-Bagan) mencadangkan agar usul dibentangkan untuk memutuskan sama ada membenarkan semua 221 anggota Parlimen masuk dalam dewan.

Sidang berhenti sebentar.


Belanjawan 2021 adalah RM322.54 bilion, meningkat 8.61 peratus dari tahun sebelumnya dan merupakan belanjawan terbesar pernah direkodkan.

Ini adalah belanjawan pengembangan di mana kerajaan mengurangkan sedikit perbelanjaan operasi sambil meningkatkan perbelanjaan pembangunan.

Memandangkan pendapatan untuk tahun ini dan tahun berikutnya diunjurkan berada di bawah tahap 2019, Malaysia harus menebus kekurangan dengan pinjaman besar.

Intisari:

  • Jumlah belanjawan 2021: RM322.54 bilion (↑ 10.6 peratus, 2020: RM297.02 bilion)
  • Perbelanjaan operasi: RM236.54 bilion (↓ 1.9 peratus, 2020: RM241.02 bilion)
  • Perbelanjaan pembangunan: RM69 bilion (↑ 23,21 peratus, 2020: RM56 bilion)
  • Defisit yang diunjurkan untuk 2021: 5.4% (2020: 6 peratus [anggaran]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS