Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan perlu teliti lebih mendalam cadangan mansuh hukuman mati
Diterbitkan:  Nov 6, 2020 3:34 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

PARLIMEN | Kerajaan perlu membuat penelitian yang lebih mendalam sebelum membuat keputusan berhubung cadangan memansuhkan hukuman mati mandatori.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dalam jawapan Parlimen bertarikh semalam.

Takiyuddin berkata, syor yang dibuat Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori iaitu hukuman alternatif untuk hukuman mati mandatori dan berkenaan penambaihbaikan sistem keadilan, untuk jangka pendek dan juga panjang, sedang diperhalusi.

"Cadangan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori sebagaimana syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori memerlukan penelitian mendalam oleh kerajaan sebelum keputusan berkaitan perkara ini dibuat.

"Sebarang perubahan dasar berhubung dengan hukuman mati ini akan mengambil kira keperluan dan kemaslahatan rakyat secara keseluruhannya.

"Ini termasuklah aspek berkaitan pencegahan jenayah, kesan yang dialami oleh keluarga mangsa serta kesedaran kepada masyarakat awam," katanya.

Dia menjawab soalan Khalid Samad (PH-Shah Alam) berhubung sama ada kerajaan kana meneruskan usaha pentadbiran PH dalam memansuhkan hukuman itu.

Dalam usaha itu, pentadbiran sebelum ini bercadang memberikan kuasa budi bicara yang lebih meluas dalam menjatuhkan hukuman lain seperti penjara seumur hidup.

Pada 11 Februari 2020, bekas Menteri Undang-undang mendian Liew Vui Keong berkata jawatankuasa tersebut telah menghantar laporannya kepada kerajaan.

Pada masa itu, Liew berkata pihaknya sedang meneliti kandungan laoran dan dapatan dan syor akan dibentang kepada Kabinet.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS