Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Menteri: K'jaan tiada 'platform adil' jawab dakwaan isu buruh paksa
Diterbitkan:  Nov 5, 2020 3:29 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

PARLIMEN | Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Malaysia memerlukan platform yang adil untuk menjawab isu larangan eksport produk sawit ke Amerika Syarikat (AS).

Khairuddin berkata, negara buat masa ini tiada platform yang adil untuk menjawab dakwaan mengamalkan buruh paksa yang membawa kepada larangan itu.

Dia merujuk larangan import yang dikenakan AS terhadap produk minyak sawit FGV.

"Dalam isu pertuduhan, konsep Islam (menyatakan) keterangan itu mesti datang dari orang yang menuduh dan kita tidak ada satu platform yang adil untuk menilai tuduhan dan juga menjawab tuduhan, kerana itulah kita lihat isu ini berpanjangan bertahun tahun.

"Dia buat tuduhan kita jawab, dia buat tuduhan kita nak kena jawab," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Khairuddin berkata demikian ketika menjawab persoalan daripada ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (PKR), Shamsul Iskandar Mat Akin yang mempersoalkan sama ada isu tersebut akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit akan datang.

Mengulas lanjut Khairuddin berkata syarikat itu telah mengeluarkan kenyataan bagi menjawab dakwaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS bahawa FGV mengamalkan buruh paksa.

"Sekatan dikeluarkan berdasarkan petisyen dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) kepada pihak CBP berkaitan penggunaan buruh paksa dalam proses keluaran produk sawit FGV. Namun, kesahihan dakwaan tersebut masih belum dapat disahkan,” katanya.

Katanya, undang-undang Malaysia jelas melarang penindasan terhadap pekerja dan tindakan majikan menyimpan dokumen pekerja seperti pasport adalah atas dasar keselamatan dan setelah dipersetujui pekerja.

Bagaimanapun, katanya lagi, ia disenaraikan sebagai salah satu unsuru buruh paksa oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

“Kementerian juga melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan terus giat mengadakan program-program advokasi untuk menjelaskan perkara sebegini kepada pihak industri," katanya.

Pada masa sama, Khairuddin berkata jumlah eksport minyak sawit ke AS bukanlah besar, iaitu 40 tan sahaja dengan nilai sekitar RM120 ribu.

Dia berkata demikian bagi menjawab soalan Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai kesan tindakan AS itu terhadap import produk sawit Malaysia bagi tahun ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS