Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Madu anak Zahid Hamidi meninggal dunia
Diterbitkan:  Nov 5, 2020 1:55 PM
Dikemaskini: 6:41 AM

Anak Presiden Umno, Nurul Hidayah Ahmad Zahid hari ini mengucapkan takziah atas pemergian Bahazanaria Baharudin yang meninggal dunia hari ini akibat penyakit barah.

"Bismilillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Saya, Nurul Hidayah Ahmad Zahid bersama suami Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff mewakili seluruh keluarga kakak Madu, Datin Bahazanaria, telah pulang ke Rahmatullah.

"Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya.

"Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin," katanya dalam satu hantaran Instagram pagi tadi.

Allahyarham Bahazanaria yang digelarnya Nurul Hidayah sebagai Kak Nana berusia 50 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi pagi ini di Hospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah tahap empat sejak Ogos lalu.

Sementara itu, Nurul dalam satu hantaran Instagram yang asing mohon maaf kerana merahsiakan kesihatan Kak Nana.

"Saya mohon maaf kerana terpaksa merahsiakan sakit kakak. Kakak sebenarnya menghidap barah tahap empat sekitar Ogos selepas Hari Raya Haji.

"Doktor telah sahkan barah yang kakak hidapi pada tahun 2015 kembali lagi dan menyerang paru-paru, hati dan tulang. Kami keluar masuk hospital sejak Ogos. Kakak sangat kuat.

"Saya akan rindu kakak. Sumber kekuatan saya sebagai isteri kedua. Semangat saya. Kakak datang meminang dan minta saya dari abah dan mak kerana dia mahu saya berkahwin dengan suaminya dan membantu dia mengurus perihal rumah tangga.

"Kak, Nurul sayang akak. Siapa yang nak pujuk Nurul bila Sepul (Saiful) marah Nurul? Allahuakbar. Tiga tahun yang indah buat saya menjadi adik kepada kakak madu yang ikhlas dan penyayang. Nurul akan jaga amanah akak. Jaga anak-anak akak dan bantu Sepul dalam menguruskan rumahtangga," katanya.

"I miss you already (Saya sudah mula rindui kamu). Everything seems so empty. (Semuanya terasa kosong sekarang) Terima kasih Allah pinjamkan kakak dan izinkan saya merasa nikmat manisnya madu," tambahnya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS