Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Biden rapatkan jurang dengan Trump di Pennsylvania
Diterbitkan:  Nov 5, 2020 12:42 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

GLOBAL l Calon Demokrat Joe Biden mengejar rapat Presiden Donald Trump di Pennsylvania selepas 89 peratus undian dikira, lapor agensi berita Sputnik.

Keputusan Fox News menunjukkan pada Rabu malam Biden merapatkan jurang dengan Trump yang mempunyai kelebihan 50.9 - 47.9 peratus.

Sebanyak 20 undi elektoral Pennsylvania boleh menjadi penentu, yang dimenangi Trump dengan 44,000 undi pada 2016.

Pennsylvania mempunyai dua kumpulan besar, Philadelphia dan Pittsburgh, dengan pelbagai populasi yang menyokong Demokrat dan kawasan kelas pekerja kulit putih pinggir bandar yang pernah menjadi kawasan Trump.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS