Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Agak pelik keputusan tiba-tiba memihak pada Demokrat, kata Trump

GLOBAL | Presiden Donald Trump berkata dia 'pelik' mengapa negeri utama yang ditadbir Parti Demokrat, tiba-tiba bertukar menjadi biru, meskipun sehari sebelum itu ramalan menunjukkan kemenangan besar Republikan, lapor agensi berita Sputnik pada Rabu.

“Malam tadi saya di depan, kebiasaannya begitu selesa, di banyak negeri utama, di hampir semua negeri yang ditadbir dan dikuasai Demokrat.

"Kemudian ajaibnya, satu demi satu ia hilang ketika peti undi baru dikira. Amat pelik dan ramalan meleset sepenuhnya dan silap teruk," tulis Trump di Twitter.

Michigan menjadi negeri terbaru yang mencetuskan kejutan apabila kedudukan berubah memihak kepada calon Demokrat, Joe Biden, meskipun kiraan undi belum berakhir.

Menurut Fox News, Biden kini di depan dengan 49.4 peratus berbanding 49.1 peratus diraih Trump, dengan 95 peratus undi sudah dikira.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS