Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
K'jaan sedia kaji saranan benar pencarum keluar dana akaun 1

Kerajaan sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1," katanya dalam temu bual bersama Bernama dan stesen televisyen tempatan lain di Putrajaya hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021.

Belanjawan yang akan dibentangkan pada 6 Nov itu merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kerajaan pada tahun ini telahpun melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7 peratus daripada 11 peratus dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing.

Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja kepada tujuh peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna sebanyak hampir RM700 juta sebulan.

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS