Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kerajaan tarik balik RUU Racun (Pindaan) 2019
Diterbitkan:  Nov 4, 2020 2:36 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

PARLIMEN | Kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2019 dari aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali mengemukakan usul di Dewan Rakyat pagi ini untuk menarik balik rang undang-undang tersebut tetapi tiada sebarang alasan diberikan.

RUU itu yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada sesi Dewan Rakyat pada 25 Nov tahun lalu, antara lain, mengkehendaki pengamal perubatan yang berdaftar mengeluarkan preskripsi atas permintaan pesakit mereka.

Pindaan tersebut bagi memastikan hak pesakit dijamin dengan memberi mereka pilihan setelah sesi konsultasi untuk memutuskan di mana mereka mahu mendapatkan bekalan ubat bagi rawatan mereka sama ada di fasiliti perubatan itu sendiri atau di farmasi luar.

Ini juga memungkin hukuman penjara dikenakan bagi pengamal perubatan yang gagal mematuhi permintaan pesakit mereka.

Pembentangan RUU kedua dan ketiga itu ditangguhkan sebanyak dua kali, pada Dis tahun lalu dan semasa persidangan Dewan Rakyat Ogos lalu.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad pada Dis tahun lalu berkata dia telah meminta penangguhan untuk mendengar pandangan dan pendapat pihak berkepentingan dalam memperbaiki RUU tersebut.

Langkah itu berikutan bantahan yang dilaporkan dari pengamal perubatan dan pihak industri penjagaan kesihatan, dengan menyebut antara lain, hukuman yang tidak seimbang yang melebihi peruntukan di bawah Akta Perubatan 1971 dan Akta Pergigian 1971 yang mengawal selia amalan mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS