ADS
mk-logo
News
Ketua kumpulan Al-Mau'nah digantung
Published:  Aug 4, 2006 6:50 PM
Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM

Mohamed Amin Mohamed Razali, Ketua Pertubuhan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Mau'nah (Al-Mau'nah), yang terlibat dalam insiden Sauk enam tahun lalu, menjalani hukuman gantung di Penjara Sungai Buloh, Selangor hari ini.

Dia digantung sampai mati kira-kira jam 6 pagi dan mayatnya dituntut keluarganya pada jam 10 pagi.

Menurut sumber daripada Penjara Sungai Buloh, sebelum Mohamed Amin menjalani hukuman itu, dia meminta untuk berjumpa dengan anggota keluarganya.

"Dia (Mohamed Amin) meminta maaf kepada anggota keluarganya atas kesalahannya dan turut menangis. Semasa hukuman dijalankan Mohamed Amin kelihatan tenang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan mayat Mohamed Amin dibawa balik ke kampung asalnya, Kampung Ngor, Sauk, Perak untuk dikebumikan selepas solat Asar.

Dalam kejadian pada 2 Julai 2000, sekumpulan 15 lelaki daripada kumpulan Al-Mau'nah melarikan pelbagai jenis senjata dari dua kem tentera di Grik, Perak, sebelum menyertai 13 orang lagi anggota kumpulan itu bersembunyi di Bukit Jenalek, Sauk.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS
ADS
ADS