Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dewan Perdagangan Islam M'sia sokong boikot produk Perancis
Diterbitkan:  Nov 2, 2020 5:29 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menyokong gesaan memboikot produk Perancis jika presiden negara itu Emmanuel Macron tidak memohon maaf kerana menyifatkan Islam berada dalam keadaan krisis.

“Sebagai organisasi yang terlibat di peringkat antarabangsa, kami berdiri bersama seluruh komuniti Islam tidak teragak-agak akan memboikot produk keluaran Perancis di kalangan ahli kami di Malaysia sekiranya permintaan maaf tidak dibuat dari presiden Macron,” kata Setiausaha Agung DPIM Khairul Shahril Hamzah.

Pada 16 Oktober lalu, seorang guru di Perancis Samuel Paty dibunuh seorang pelarian Muslim kerana didakwa menunjukkan kartun menghina Nabi Muhammad, dalam kelas berkaitan kebebasan bersuara.

Macron mengecam tindakan itu dan menyifatkan Islam sebagai agama yang berada dalam krisis.

Kenyataan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Demo anti-Macron di Bangladesh pada 30 Oktober

Sementara itu, Khairul dalam kenyataannya hari ini menentang keras sebarang tindakan yang “memperlecehkan” perkara berkaitan agama.

Katanya, perkara itu hanya akan menimbulkan lebih banyak kebencian, mewujudkan ketegangan di kalangan masyarakat dunia dan mempromosikan ketakutan kepada Islam.

“Sesungguhnya ini adalah tindakan yang tidak dapat diterima dan tidak sepatutnya datang daripada seseorang yang bergelar presiden,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS