Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Senator Ras Adiba sahkan pegawai khas positif Covid-19

Senator Ras Adiba Mohd Radzi hari ini mengesahkan bahawa seorang pegawai khasnya yang juga adik beliau, disahkan positif Covid-19 dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Sehubungan itu Ras Adiba berkata beliau dan 10 lagi ahli keluarganya sedang menunggu keputusan ujian saringan Covid-19.

“Dalam kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang menimpa diri saya dan keluarga,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya beliau reda dengan dugaan itu dan berharap agar Allah SWT melindungi semua dari wabak Covid-19.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan mengusulkan agar persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguh pada 1 tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga, berikutan penularan gelombang ketiga Covid-19 di negara ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS