Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lokasi terkini jangkitan Covid-19 (1 Nov)
Diterbitkan:  Nov 1, 2020 3:33 PM
Dikemaskini: 1:30 PM

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt I 25 Ok | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 14 hari lalu, sila lawati laman khas Kini News Lab.


BANGUNAN KERAJAAN

  • Finas, Hulu Kelang

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menutup operasi pejabatnya di Hulu Kelangbuat sementara waktu dari 2 hingga 6 November ini.

Ini selepas seorang individu yang mengikuti Program Santun OKU di Finas pada 24 Oktober 2020 lalu telah dimaklumkan positif Covid-19.

Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut, Finas mengumumkan penutupan kaunter perkhidmatanya.


PERNIAGAAN

  • Pusat beli-belah Sogo Mall, Kuala Lumpur

Sogo Malaysia, dalam satu kenyataan, berkata promoter pembekal di Bahagian Bayi, Tingkat 4 di pusat membeli-belah itu diuji positif untuk Covid-19.

Pusat beli-belah itu berkata sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya telah melakukan kerja pembersihan dan pembasmian kuman. Katanya, usaha mencari kontak rapat juga sedang dilakukan.

The management of SOGO Kuala Lumpur outlet wishes to notify that a promoter of one of our suppliers on Level 4 Babies...

Posted by SOGO Malaysia on Saturday, 31 October 2020

 


PEJABAT

  • Wisma Miramas, Kuala Lumpur

Miramas Group mengesahkan salah seorang pekerja mereka telah menunjukkan positif Covid-19 pada 30 Oktober. Bangunan ini ditutup sehingga diberitahu kelak pada 30 Oktober.

Semua pekerja lain telah diuji negatif sementara kontak rapat diminta untuk kuarantin kendiri.

Syarikat itu menjelaskan khemah yang didirikan di depan bangunan tersebut merupakan pengaturan awal yang dibuat oleh salah seorang penyewa bangunan untuk melakukan ujian swab kepada semua pekerja mereka di semua cawangan mereka dengan mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) untuk memulakan kerja.


KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI

  • Royal Selangor Golf Club, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Kes positif keempat melibatkan pekerja kelab telah dilaporkan.

Pihak pengurusan menasihati mereka yang menggunakan bilik persalinan lelaki di kelab ini antara 20 hingga 27 Oktober untuk membuat ujian.

Kerja pembersihan akan dibuat pada 2 dan 3 November. Kelab akan ditutup sehingga tarikh buat sementara waktu sehingga makluman lanjut.


KEMUDAHAN KESIHATAN

  • Hospital Miri, Sarawak

Pihak hospital mengesahkan sseorang pekerjanya dijangkiti Covid-19 pada 30 Oktober.

Pekerja tersebut telah diasingkan dan pengesanan kontak sedang dibuat.


BANGUNAN KERAJAAN

  • Sektor Pembelajaran dan Unit Hal Ehwal Murid, SK Rahang, Negeri Sembilan

Selepas beberapa kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan didapati positif, sejumlah premis berkaitan akan ditutup bermula 30 Okt hingga 12 Nov.

  • Unit Pembangunan Bakat Murid dan Sektor Pendidikan Islam, Kompleks KoKurikulum, Seremban

Selepas beberapa kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan didapati positif, sejumlah premis berkaitan akan ditutup bermula 30 Okt hingga 12 Nov.

  • Pusat KoKurikulum Kem Hassan Basir, Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Selepas beberapa kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan didapati positif, sejumlah premis berkaitan akan ditutup bermula 30 Okt hingga 12 Nov.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak

Empat pelajar telah disahkan positif. Pada 24 Oktober, sekolah itu dilaporkan akan ditutup sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan selepas seorang pelajar dijangkiti Covid-19.

  • Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar), kampus Sungai Long, Selangor

Pihak universiti mengesahkan seorang pekerja di kampus ini positif pada 31 Oktober.

Kali terakhir dia ke kampus adalah pada 12 Oktober. Kerja pembersihan telah dibuat di semua kawasan berkaitan.


PEJABAT

  • Menara UOB, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

UOB Malaysia berkata seorang pekerja yang tidak berurusan dengan pelanggan di menara itu disahkan positif.

Kali terakhir dia ke pejabat adalah pada 21 Oktober. Kontak rapat diarahkan menjalani kuarantin dan membuat ujian.

UOB berkata pihaknya sedang membuat kerja pembersihan di semua aras terlibat dan kawasan awam.

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS