Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semua Tabika Perpaduan di JB, Kulai ditutup mulai esok

Semua Tabika Perpaduan (TP) dan Taska Genius Perpaduan (TGP) di daerah Johor Bahru dan Kulai, Johor ditutup bermula esok hingga 14 Nov ini, susulan pengisytiharan Johor Bahru sebagai zon merah pandemik Covid-19.

Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara hari ini, penutupan itu melibatkan 60 TP dan satu TGP dengan 1,507 kanak-kanak dan 124 tenaga pengajar.

Senarai kesemua tabika dan taska terlibat boleh didapati menerusi laman Facebook rasmi kementerian, demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menterinya Halimah Mohamed Sadique mengingatkan semua agensi di bawah kementeriannya yang berada di zon merah supaya mematuhi protokol kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara serta arahan kerajaan negeri.

"Kementerian Perpaduan Negara menasihati semua kakitangan, jentera perpaduan dan orang ramai supaya sentiasa patuh kepada SOP dan mengamalkan norma baharu seperti pemakaian pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal dan sentiasa membersihkan tangan terutamanya ketika berada di tempat awam," katanya dipetik oleh kenyataan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS