Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP sedia kerjasama dengan semua untuk lanjutan moratorium
Diterbitkan:  Oct 28, 2020 1:19 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

DAP menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan semua parti untuk menekan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya secara automatik melanjutkan moratorium pinjaman bank yang berakhir bulan lalu.

Seteru sengit DAP, Umno adalah antara yang menuntut supaya moratorium itu dilanjutkan, dengan bekas presidennya, Najib Razak antara yang menyokongnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, lanjutan sehingga Mac 2021 diperlukan kerana rakyat sedang menderita.

Dia juga berkata bahawa gelombang ketiga penularan Covid-19 telah membantutkan pemulihan ekonomi terutama untuk perniagaan kecil.

"Sekiranya Muhyiddin enggan mendengar rintihan lebih daripada 6.6 juta peminjam yang diabaikan ketika moratorium pinjaman berakhir pada 30 September, maka semua parti politik harus bekerjasama untuk mendesak lanjutan moratorium pinjaman secara automatik selama enam bulan lagi, untuk menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan rakyat Malaysia," katanya.

Moratorium pinjaman telah berkuatkuasa selama enam bulan hingga akhir bulan lalu.

Walau bagaimanapun, mereka yang kehilangan pekerjaan dan belum bekerja semula akan mendapat lanjutan tiga bulan.

Mereka yang telah dipotong gaji, juga layak untuk medapatkan pengurangan kadar pembayaran balik.

Lim berkata, untuk melanjutkan moratorium akan menelan belanja sebanyak RM6.4 bilion, yang mampu diserap oleh industri perbankan.

Najib pernah berkata bahawa melanjutkan moratorium pinjaman adalah antara perkara yang dapat dilakukan oleh Umno sekiranya ia bekerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim, dengan syarat Umno diberi peranan dalam menguruskan ekonomi dan kewangan negara.

Bagaimanapun, dia berkata, bahawa kerjasama itu adalah bersyarat, termasuk tanpa pembabitan DAP.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS