Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 9.30pm | Lokasi terkini kes Covid-12 (24 Okt)
Diterbitkan:  Oct 24, 2020 4:36 PM
Dikemaskini: 1:40 PM

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perkembangan terbaru.

Jika anda mengetahui mana-mana lokasi lain yang diumumkan hari ini, tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 14 hari terakhir, sila lawati laman khas Kini News Lab.


KEDIAMAN

  • PV20 Platinum Lake, Setapak

Pengurusan mengesahkan seorang penduduk Blok A disahkan positif Covid-19. Menurutnya, perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan semalam.

Dua ahli keluarga individu itu kini menjalani kuarantin di rumah.


KEMUDAHAN KESIHATAN

  • Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Kuching

Seorang kakitangan klinik dijangkiti Covid-19. Klinik ini akan ditutup hari ini bermula pukul tiga petang hingga 8.30 malam untuk kerja nyahkuman dan akan kembali beroperasi pada 26 Oktober.


PERNIAGAAN

  • Maybank Desa Pandan, Kuala Lumpur

Cawangan ini ditutuk bermula semalam sehingga diberitahu kelak apabila seorang pelanggan yang ke sana antara 5 hingga 14 Oktober didapati positif.

Kakitangan yang menjadi kontak rapat individu itu akan menjalani kuarantin dan menjalani ujian saringan sebelum kembali bekerja.


RUMAH IBADAT

  • Masjid Mukim Pangkal Meleret, Machang

Masjid ini ditutup sejak 22 Oktober setelah seorang jemaah didapati positif.

Semua kegiatan masjid akan ditangguhkan. Ahli jawatankuasa masjid yang menjadi kontak rapat individu itu telah menjalani ujian.


PEJABAT

  • Menara Great Eastern, Kuala Lumpur

Pihak syarikat mengesahkan kes positif kedua melibatkan pekerja pada 22 Oktober lalu. Kes pertama dilaporkan tiga hari sebelumnya.


 INSTITUSI PENDIDIKAN

  • SMK Syed Mohamad Al-Bukhary dan SMK Sultanah Bahiyah, Kota Setar, Kedah

Kedua-dua sekolah tersebut diarahkan tutup selama tujuh hari bermula esok setelah terdapat kes Covid-19, menurut Sinar Harian.

SMK Sultanah Bahiyah baru dibuka minggu lalu setelah ditutup akibat kes Covid-19.

  • Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Senawang, Negeri Sembilan

Sekolah agama itu mencatatkan 38 kes lagi, yang mana 35 daripadanya adalah pelajar, lapor Sinar Harian.

Kluster Sofa dihubungkan dengan sekolah ini. Setakat ini terdapat 98 kes positif yang melibatkan sekolah berkenaan.

  • SMK Abu Bakar Al-Baqir, Bagan Serai dan SMK Pekan Baru, Parit Buntar, Perak

Satu notis dari pengarah pendidikan Perak mengatakan terdapat kes Covid-19 di kedua-dua sekolah yang telah diarahkan tutup selama 7 hari bermula hari ini hingga 30 Okt.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS