Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Israel, UAE bakal meterai perjanjian pengecualian visa

GLOBAL | Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel akan menandatangani perjanjian untuk pengecualian visa, Agensi Anadolu melaporkan menurut media tempatan pada Isnin.

Rangkaian KAN News Israel berkata perjanjian itu akan dimuktamadkan pada Selasa sambil menyatakan UAE menjadi negara Arab pertama yang membatalkan syarat visa untuk warganegara Israel.

Perjanjian itu bakal ditandatangani semasa upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion Tel Aviv, turut dihadiri Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Steven Mnuchin dan seorang menteri UAE.

Pada 15 September, Bahrain dan UAE bersetuju untuk menjalin hubungan diplomatik, kebudayaan dan komersial sepenuhnya dengan Israel setelah menandatangani perjanjian tersebut di Rumah Putih.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS