Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dewan Rakyat terima 30 usul sidang akan datang
Diterbitkan:  Oct 16, 2020 9:53 PM
Dikemaskini: 1:53 PM

Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat menerima 30 usul daripada 25 ahli Dewan Rakyat sehingga petang tadi bagi sidang mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata kesemua usul yang dikemukakan itu akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau memaklumkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat akan berlangsung selama 27 hari bermula 2 Nov hingga 15 Dis ini.

“Sesi sidang mesyuarat kali ini telah dimaklumkan melalui satu pemberitahuan oleh Setiausaha Dewan Rakyat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh 2 Okt 2020,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS