Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: Jangan kacau Noor Hisham, beri kebebasan 100%
Diterbitkan:  Oct 16, 2020 3:43 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyeru supaya Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah tidak diganggu dalam usahanya mengawal Covid-19.

“Saya berpendapat bahawa kalau diberi masa kepada Noor Hisham dia boleh kurangkan kes, tapi tak boleh nak hapuskan terus.

“Tapi dia (Noor Hi­sham) perlu diberi kebebasan 100 peratus jangan kacau dia,” katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia.

Menurutnya Ahli Parlimen Langkawi itu, Dr Noor Hisham mampu menangani penularan wabak Covid-19 jika tiada campur tangan politik.

"Saya ucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pasal dia memang berjaya menangani masalah Covid-19 ini.

"Saya tak berani nak kata, tetapi Covid-19 ini dulu pakar yang boleh rancang, sementara kita tunggu vaksin, kita mencari cara supaya kita kurangkan kesan.

"Kita lihat ada kepentingan politik lain. Ini selalu berlaku, bila pegawai nak buat sesuatu, tapi politik campur tangan dia jadi lain lah. Setakat ini Noor Hisham berjaya," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS