Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim hari ini mengangkat sumpah jawatan setiausaha politik kepada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.
Upacara angkat sumpah itu berlangsung di pejabat menteri besar di bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada pukul 10.30 pagi tadi.
Pejabat menteri besar Perak dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Aznel yang juga timbalan ketua Umno bahagian Gerik dibuat bagi menggantikan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang kini diberikan amanah baharu.
Menurut kenyataan itu, Iskandar Dzulkarnain diamanahkan mengurus hal ehwal berkaitan tanggungjawab Ahmad Faizal selaku timbalan presiden Bersatu dan lain-lain urusan di peringkat persekutuan.
- Bernama