Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19: SK Lekir di Sitiawan tutup seminggu
Diterbitkan:  Oct 14, 2020 8:38 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Sekolah Kebangsaan Lekir, Batu 8 di Sitiawan ditutup selama seminggu bermula hari ini susulan terdapat kes jangkitan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria berkata ia berdasarkan ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa mana-mana sekolah yang mempunyai kes positif Covid-19 perlu ditutup selama tujuh hari.

"Penutupan sekolah dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ia menjadikan sebanyak tujuh sekolah ditutup di Perak setakat ini dan kesemua sekolah terlibat diingatkan mematuhi arahan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Razman berkata sekolah juga disarankan supaya mengambil inisiatif untuk melaksanakan sanitasi di premis masing-masing dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat terutamanya kepada mereka yang berada atau pulang dari kawasan yang berisiko bagi mengelakkan penyebaran wabak.

"Diharapkan kesemua ibu bapa agar tidak cemas dan panik dalam situasi terbaru ini serta memberikan kerjasama dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan Kementerian Kesihatan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini," katanya.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS