Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hakim kanan fail saman terhadap jawatankuasa etika hakim

Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer memfailkan saman di mahkamah bagi mencabar siasatan Jawatankuasa Etika Hakim berhubung afidavitnya mengenai dakwaan salah laku dalam badan kehakiman.

Hakim kanan itu, melalui firma guaman Tetuan KH Lim & Co, memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Oktober.

Menurut kertas kausa yang dilihat oleh Malaysiakini petang ini, saman itu menamakan pengerusi Jawatankuasa Etika Hakim, Jawatankuasa Etika Hakim, serta peguam Sangeet Kaur Deo dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla, sebagai defendan.

Pada 16 Ogos, portal berita dalam talian Free Malaysia Today melaporkan bahawa Hamid Sultan menerima surat tunjuk sebab dari Jawatankuasa Etika Hakim berhubung afidavit tersebut.

Hamid Sultan membuat dakwaan tersebut dalam sebuah afidavit pada Februari tahun lalu, yang mendorong kerajaan Pakatan Harapan ketika itu untuk mempertimbangkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI).

Bagaimanapun penubuhan RCI tidak menjadi kenyataan apabila kerajaan Pakatan Harapan pada penghujung Februari tahun ini.

Sangeet bergantung kepada afidavit Hamid Sultan dalam samannya terhadap Ketua Hakim Negara atas tuduhan salah laku kehakiman.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak samannya pada 22 Oktober tahun lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS