Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

  • Dikemas kini dengan kenderaan Ku Li dilihat keluar pada jam 2.40 petang.

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mengadap yang di-Pertuan Agong hari ini, beberapa jam selepas sesi Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Bila kata Tuanku panggil, mengadap sajalah. Insha-Allah,” kata seorang pembantunya kepada Malaysiakini.

Spekulasi menyebut anggota parlimen Gua Musang itu akan mengadap pada jam dua petang ini.

Bagaimanapun, pembantunya berkata, pertemuan mungkin akan berlangsung lebih awal.

Dia enggan mendedahkan agenda pertemuan itu.

Sumber yang mengetahui perkara itu tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan isu melibatkan jawatan perdana menteri.

“Ku Li sudah bekerja secara senyap untuk jangka masa yang lama,” katanya,

Sumber juga berkata Tengku Razaleigh juga bertemu dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini susulan isu sama.

Sementara itu, dilaporkan kenderaan hitam yang membawaTengku Razaleigh keluar daripada Pintu Dua Istana Negara, pada 2.40 petang, menurut Bernama.

Kehadiran Tengku Razaleigh bagaimanapun tidak disedari pengamal media yang menunggu di Pintu Dua, dan kemungkinan besar kenderaan yang membawa Tengku Razaleigh memasuki Istana Negara melalui Pintu Tiga


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS