Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jab Kesihatan Sabah minta MMA alatan kritikal RM1.7 juta untuk hospital Covid
Diterbitkan:  Oct 12, 2020 9:39 PM
Dikemaskini: 1:49 PM

Jabatan Kesihatan Sabah telah meminta peralatan perubatan kritikal bernilai RM1.7 juta untuk tujuh hospital yang ditetapkan merawat Covid-19 kerana jumlah jangkitan terus meningkat.

Dalam surat yang dibalas kepada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi berkata peralatan perubatan ini sangat diperlukan kerana gelombang baru Covid-19.

"Seperti yang tuan sedia maklum, terdapat keperluan mendesak bagi peralatan perubatan kritikal untuk menampung keperluan yang semakin meningkat bago rawatan kepada pesakit Covid-19 dalam keadaan yang tenat khususnya bagi menghadapi gelombang peningkatan kes Covid-19 di Sabah yang mendadak dalam pendemik ini," katanya.

Surat itu dihantar pada 8 Oktober, dilihat oleh Malaysiakini dan disahkan oleh presiden MMA Dr M Subramaniam.

Ketika dihubungi, Subramaniam berkata Yayasan MMA telah mengumpulkan dana untuk membeli peralatan tersebut dan akan menyelesaikan perinciannya tidak lama lagi.

MMA berusaha bantu ahli

"Kami berusaha membantu kerana Sabah menghadapi masalah. Kami akan mengadakan pertemuan pada hari Rabu, dan kami akan menyelesaikannya," katanya.

Surat yang dihantar pada 8 Oktober, dilihat oleh Malaysiakini dan disahkan oleh presiden MMA Dr M Subramaniam.

Ketika dihubungi, Subramaniam mengatakan Yayasan MMA telah mengumpulkan dana untuk membeli peralatan tersebut dan akan menyelesaikan perinciannya tidak lama lagi.

"Kami berusaha menyokong kerana Sabah menghadapi masalah. Kami akan mengadakan pertemuan pada hari Rabu, dan kami akan menyelesaikannya," katanya.

Peralatan yang diperlukan merangkumi 60 unit Tecman Powered Air Purifying Respirator (PARP), enam unit Mobile Negative Pressure Isolation Chamber dan 22 unit High Flow Nasal Cannula Machine.

Tujuh hospital berdepan kekurangan ialah Hospital Queen Elizabeth, Wanita Hospital Dan Kanak-Kanak Sabah, Hospital Queen Elizabeth II, Hospital Duchess of Kent, Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau.

Bagaimanapun, Subramaniam menegaskan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak meminta sumbangan.

"KKM tidak meminta sumbangan, tetapi orang-orang yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan juga merupakan anggota kami.

"Oleh itu, apabila ada kekurangan, maka kami akan berusaha (untuk membantu)," katanya.

Beliau menjelaskan hospital-hospital di Sabah juga menghadapi kekurangan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) ketika menghadapi lonjakan besar-besaran kes Covid-10 baru-baru ini.

Malaysiakini telah menghubungi Christina untuk mendapatkan ulasan beliau.

Ini selepas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata petugas barisan hadapan di Sabah sedang berhadapan saat getir dalam memerangi Covid-19.

Katanya sistem penjagaan kesihatan di Sabah sedang "diuji" tetapi masih berfungsi dengan baik.

Noor Hisham, dalam surat terbuka hari ini, berkata KKM akan terus memastikan bekalan PPE mencukupi untuk hospital di seluruh Malaysia.

Katanya, setakat 10 Oktober, kebanyakan hospital kerajaan mempunyai stok PPE yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya satu bulan manakala di beberapa hospital pula stok PPE hampir habis.

Contohnya, penutup muka N95 untuk Hospital Tawau hanya mencukupi selama enam hari saja dan apron plastik untuk Hospital Lahad Datu hanya akan bertahan selama satu hari.

Covid jejaskan masalah perolehan

Bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat enggan dinamakan, seorang bekas pegawai kerajaan berkata masalah sebenar di sebalik kekurangan itu adalah masalah lama proses pemerolehan yang tidak cekap dalam sistem pentadbiran.

"Perolehan dan logistik akan memakan masa yang lama, dan Covid-19 baru saja memperbesar masalah ini."

"Kerajaan perlu mempercepat proses perolehan mereka untuk Covid-19 dan memastikan pegawai kerajaan di lapangan mendapat sumber yang mereka perlukan dengan segera."

"Untuk bersikap adil, ini adalah masalah yang sudah lama mengakar, tiada kaitan dengan siapa kerajaan hari ini.

"Jangan menuding jari tetapi melihat bagaimana kita dapat mengagihkan sumber, melancarkan proses perolehan dan pada masa yang sama mempunyai mekanisme anti-rasuah yang sewajarnya."

Ketika Malaysia menghadapi gelombang kedua penularan Covid-19 pada bulan Mac, Noor Hisham mengakui beberapa hospital kekurangan PPE dan beberapa hospital telah menggunakan PPE 'sementara'.

Pada waktu itu, beliau menjelaskan Malaysia memiliki stok penutup muka dan PPE yang cukup, tetapi kekurangannya disebabkan oleh masalah pengagihan.

Bercakap pada sidang media dalam talian hari ini, Noor Hisham berkata, perancangan awal telah dibuat dan stok PPE dipantau secara rapi di peringkat fasiliti, negeri dan persekutuan dengan menggunakan pangkalan data terpusat.

"Terdapat 19 jenis PPE, dan stoknya dapat bertahan lebih dari dua, rata-rata hingga tiga bulan. Kekurangan di kawasan tertentu dikesan lebih awal dan stok tambahan akan segera dihantar."

Menurut beliau lagi, kerajaan pusat telah meluluskan permohonan perolehan kecemasan bagi PPE untuk Sabah pada 2 Oktober, memandangkan keadaan yang teruk di negeri ini.

[Baca laporan asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS