Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KM Sabah dijangkiti Covid-19 cetus kebimbangan di Istana Negeri

Berita Ketua Menteri Sabah Hajiji Mohd Noor dijangkiti Covid-19 telah mencetuskan kebimbangan di Istana Negeri.

Ia kerana Hajiji mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin sebelum dia disahkan positif semalam.

Susulan itu, Juhar dan beberapa pegawai istana telah menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian swab.

Hajiji, 65, dan Juhar, 66, termasuk dalam kategori usia berisiko tinggi untuk wabak itu.

Adik Juhar, Armani Mahiruddin memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa pegawai kesihatan daerah telah mengadakan ujian swab terhadap Juhar di Istana Negeri.

"Ketua menteri ada mengunjunginya (Yang di-Pertua Negeri) dan mereka berbual panjang," katanya ketika ditanya sama ada langkah kuarantin Juhar mempunyai kaitan dengan keputusan ujian terhadap Hajiji.

Menurutnya, keputusan ujian diperolehi hari ini dan abangnya disahkan negatif daripada wabak itu.

Justeru Juhar tidak lagi menjalani kuarantin, kata Armani lagi.

Hajiji berada di Istana Negeri yang terletak di Kota Kinabalu pada 29 September lalu untuk acara angkat sumpah di depan Juhar ebagai ketua menteri baru.

Pada 8 Oktober, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memaklumkan Hajiji menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak kepada sorang individu yang kemudiannya disahkan positif.

Semalam, Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh mengesahkan Hajiji telah disahkan positif dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS