mk-logo
Berita
'Hajiji kuarantin kendiri, dakwaan masuk hospital tak benar'
Diterbitkan:  Oct 9, 2020 10:34 PM
Dikemaskini: 2:42 PM

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor sedang menjalani kuarantin kendiri selepas ada kontak rapat dengan individu positif Covid-19, maklum Menteri Kewangan II negeri Masidi Manjun.

Masidi yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata dakwaan media sosial bahawa Hajiji dan isterinya Julia Salag dimasukkan ke hospital adalah tidak benar.

"Sukar untuk menghentikan spekulasi," katanya dipetik Bernama.

Terdahulu, tular laporan di media sosial mendakwa Hajiji dan Julia dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu selepas diuji positif Covid-19.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Safar Untong, dalam satu kenyataan memaklumkan Hajiji akan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu setelah terdedah kepada individu positif Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS