Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
4 kes positif Covid-19 dikesan melalui saringan Klinik Selcare
Diterbitkan:  Oct 9, 2020 9:49 PM
Dikemaskini: 1:50 PM

Ujian saringan bersasar secara percuma terhadap rakyat Selangor yang dijalankan klinik Selcare, milik anak syarikat Kerajaan Negeri ke atas individu yang mempunyai sejarah melawat ke Sabah, mengesan empat kes positif Covid-19, setakat ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam ciapan di laman Twitternya berkata kes positif itu dikesan ke atas dua individu dari Gombak dan masing-masing satu kes dari Subang dan Puchong, sejak ujian saringan bersasar itu dijalankan di klinik berkenaan, sejak Ahad sehingga semalam.

“Seramai 573 individu telah disaring, mereka yang didapati positif Covid-19 telah diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk rawatan dan penjejakan kontak,” katanya di Shah Alam hari ini.

Amirudin berkata program saringan bersasar di semua cawangan klinik Selcare milik anak syarikat Kerajaan Negeri, Selgate Healthcare Sdn Bhd itu akan diteruskan dua hari lagi sebelum pihaknya memberi tumpuan terhadap saringan bersasar di mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jumaat lepas, Kerajaan Selangor mengumumkan beberapa langkah sebagai persediaan menghadapi peningkatan kes baru penularan wabak Covid-19 termasuk program saringan bersasar secara percuma kepada rakyatnya yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada 20 Sept hingga 26 Sept lepas.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS