Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKPB dikuatkuasa di Kampung Kuantan, Klang
Diterbitkan:  Oct 9, 2020 1:12 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

Kampung Kuantan, yang terletak dalam daerah Klang Utara, dikuatkuasakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara Nurulhuda Mohd Salleh, susulan penguatkuasaan itu, perjalanan keluar masuk dari kawasan itu memerlukan surat kebenaran daripada polis yang ditugaskan di situ.

Menurutnya, sekatan jalan raya akan dibuat di Jalan Bukit Kuda di depan kedai Emy Cookies & Food dan di persimpangan di Lorong Lintang Raksa 2.

Lorong Perak, Jalan Raksa 3 (depan kedai Jihas Bakery) dan Jalan Raksa 4 akan ditutup.

Nurulhuda berkata, penduduk di kawasan lain dalam Klang Utara tidak memerlukan surat kebenaran untuk bergerak.

Kampung Kuantan menyusuli Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas di Klang Selatan yang dikenakan PKPB bermula jam 12.01 tengah malam tadi.

Di Bukit Tinggi, sekatan dibuat di Persiaran Pegaga (berhadapan Restoran Subaidah dan Jalan Kim Chuan (berhadapan 99 Speedmart).

Penutupan jalan turut dibuat di Jalan Batu Unjur 9 dan laluan masuk kedai elektrik Onking dan Kedai Motosikal Wisfatt.

Di Taman Sri Andalas di Klang, sekatan jalan raya dibuat di persimpangan Jalan Tun Dr Ismail manakala penutupan di depan Masjid Ar Rahimiah, Jalan Sri Siantan, Jalan Sri Siantan 41 dan Jalan Sri Damak 53.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS