Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amisah tak angkat sumpah sebagai Adun lantikan kerana jalani kuarantin

Timbalan Ketua Wanita Bersatu, Amisah Yassin mengatakan bahawa dia tidak akan mengangkat sumpah sebagai Adun lantikan dewan undangan negeri Sabah hari ini kerana dia sedang menjalani kuarantin.

Dia memberitahu Malaysiakini bahawa dia menerima pelantikannya tetapi menegaskan bahawa dia masih belum menerima surat pelantikan itu kerana situasinya ketika ini.

"Istana Negeri akan mengatur hari lain," katanya sambil menambah bahawa kuarantinnya berakhir pada 19 Oktober.

Empat Adun lantikan mengangkat sumpah hari ini.

Amisah dan bekas Presiden Parti Progresif Sabah (Sapp) Yong Teck Lee seharusnya dilantik juga, tetapi tidak hadir di Istana negeri di Kota Kinabalu pagi ini.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Yong mengakui bahawa dia menerima surat pelantikan itu, tetapi tidak menjelaskan ketidakhadirannya.

Selain 74 Adun yang dipilih melalui pilihan raya, perlembagaan Sabah membenarkan pelantikan enam lagi Adun yang mempunyai hak mengundi di dewan.

Sekiranya Amisah akhirnya dilantik, dia akan menjadi salah satu daripada tiga Adun wanita di barisan kerajaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS